Monday, April 11, 2011

MARI BELAJAR

Pergi je kat mana-mana pun tempat belajar mesti ada student cakap "susahnya nak faham", "tak masuk dalam otak la", "boring and tido lagi bagus" dan macam-macam lagi ayat bosan. Sepatutnya masa belajar lagi cepat boleh faham sebab ada tukang mengajar, jenis yang susah nak faham je yang tak belajar. Kat mana silapnya???? Rumusan yang dapat dibuat:

A.) Pelajar; punca utama adalah malas dan tidak minat.
B.) Pengajar; belajar ikut buku dan tidak pandai menyampai mesej.

Kalau la aku kat tempat pelajar dah tentu aku buat menda yang aku minat; sebenarnya pembelajaran ini bermula dari bayi lagi. Kalau malas tu ce tengok balik sejarah masa dulu-dulu maybe pendedahan tu kurang kot. so, nak salahkan siapa???

Bagi pengajar pulak aku rasa baik diorang buat eksperimen sikit macam mana nak bagi pelajar ni minat dengan subjek yang mereka ajar. Bagi aku kalau setakat ajar teori dan amali ni berlambak dalam buku dah tunjuk contoh.

Nak bagi minat dan feel ni bergantung pada pelajar gak dan pengajar ni kalau yang jenis ajar ikut pengalaman dan buat lawak confirm kelas jadi ceria dan pelajar pun ada minat nak belajar.
Pepehal pun nak dapatkan FEELING ni bergantung pada pelajar itu jugak.......

P/S : Bagaimana pula sejarah awal budak-budak cerdik ni pulak??????