Monday, April 11, 2011

MARI BELAJAR

Pergi je kat mana-mana pun tempat belajar mesti ada student cakap "susahnya nak faham", "tak masuk dalam otak la", "boring and tido lagi bagus" dan macam-macam lagi ayat bosan. Sepatutnya masa belajar lagi cepat boleh faham sebab ada tukang mengajar, jenis yang susah nak faham je yang tak belajar. Kat mana silapnya???? Rumusan yang dapat dibuat:

A.) Pelajar; punca utama adalah malas dan tidak minat.
B.) Pengajar; belajar ikut buku dan tidak pandai menyampai mesej.

Kalau la aku kat tempat pelajar dah tentu aku buat menda yang aku minat; sebenarnya pembelajaran ini bermula dari bayi lagi. Kalau malas tu ce tengok balik sejarah masa dulu-dulu maybe pendedahan tu kurang kot. so, nak salahkan siapa???

Bagi pengajar pulak aku rasa baik diorang buat eksperimen sikit macam mana nak bagi pelajar ni minat dengan subjek yang mereka ajar. Bagi aku kalau setakat ajar teori dan amali ni berlambak dalam buku dah tunjuk contoh.

Nak bagi minat dan feel ni bergantung pada pelajar gak dan pengajar ni kalau yang jenis ajar ikut pengalaman dan buat lawak confirm kelas jadi ceria dan pelajar pun ada minat nak belajar.
Pepehal pun nak dapatkan FEELING ni bergantung pada pelajar itu jugak.......

P/S : Bagaimana pula sejarah awal budak-budak cerdik ni pulak??????

Monday, February 14, 2011

YAMAHA IDAMAN

 YAMAHA YZF R1
Yamaha Racing Four Stroke Series 1000cc (YZF R1) spesifikasi :-
Kapasiti 988cc dengan sejukan cecair 4 silinder, DOHC 16 injap titanium
Suntikan bahan api dengan YCC-T (Yamaha Chip Controlled Throttle) dan
YCC-I (Yamaha Chip Controlled Intake)
Penghidup elektrik; TCI = Transistor Controlled Ignation 
Transmisi 6 kelajuan dengan pacuan rantai O

YAMAHA YZF R6
Yamaha Racing Four Stroke Series 600cc (YZF R6) spesifikasi :-
Kapasiti 599cc dengan sejukan cecair 4 silinder, DOHC 16 injap titanium
Suntikan bahan api dengan YCC-T (Yamaha Chip Controlled Throttle) dan
YCC-I (Yamaha Chip Controlled Intake)
Penghidup elektrik; TCI = Transistor Controlled Ignation 
Transmisi 6 kelajuan dengan pacuan rantai O

YAMAHA YZF R15
Yamaha Racing Four Stroke Series 150cc (YZF R15) spesifikasi :-
Kapasiti 149.8cc dengan sejukan cecair 1 silinder SOHC 4 injap
Suntikan bahan api elektronik; EFI
Penghidup elektrik TCI
Transmisi 6 kelajuan dengan pacuan rantai 

YAMAHA YZF R125
Yamaha Racing Four Stroke Series 125cc (YZF R125) spesifikasi :-
Kapasiti 124.66cc dengan sejukan cecair 1 silinder SOHC 4 injap
Suntikan bahan api elektronik; EFI
Penghidup elektrik TCI
Transmisi 6 kelajuan dengan pacuan rantai

Thursday, February 3, 2011

CICAK POKKE


Cicak Pokke spesis dalam rumah ini berjaya ditangkap di rumah pam Puncak Meru, Ipoh Perak. Berat cicak ini sekitar 100gram tidak cukup untuk dijual. Walaupun berjaya ditangkap cicak ini mati semasa penangkapan dilakukan.

Tuesday, February 1, 2011

HONDA VS TOYOTA

Perbandingan diantara kereta Honda & Toyota memang tidak boleh dibandingkan kerana setiap cirian mempunyai kelebihan yang tertentu.

  1. Kedua-dua enjin kereta ini menggunakan sistem talaan injap enjin boleh ubah (Variable Valve Timing VVT) dimana sistem ini dapat menjimatkan bahan api & meningkatkan kuasa enjin.
  2. Teknologi VVT enjin Honda Variable Timing Electronic Control (VTEC) & Toyota Variable Valve Timing Intelligent (VVT-i).
  3. Jentera Honda mengungguli prestasi enjin manakala Toyota terbukti dari segi penjimatan petrol.

GURU YANG TERBAIK

''Mencari guru yang terbaik adalah guru yang mencurahkan segala ilmu yang diajar melalui pengalaman & berlatarbelakangkan pengetahuan didalam industri & janganlah mencari guru yang menjadikan kerjaya mendidik sebagai satu pekerjaan.''